Marsiling 2030: Sebuah Komuniti yang Peduli, Sebuah Masa Hadapan yang Kita Bentuk Bersama sama

Kepada Penghuni Marsiling yang Dihormati,
Marsiling bukan sekadar tempat tinggal kita, ia merupakan rumah yang kita bina bersama-sama. Lebih lima tahun yang lalu, kami telah bekerjasama dengan anda untuk meningkatkan hartanah kita dan menguatkan semangat komuniti kita.
Disebabkan maklum balas anda, kami telah memperindahkan kawasan kejiranan kita dengan Pembaikan & Penghiasan Semula (R&R) untuk semua blok, serta memperkenalkan 34 kemudahan baharu, termasuk laluan pejalan kaki berbumbung, anjung untuk menurunkan penumpang, taman permainan dan sudut rekreasi. Pembangunan utama seperti Thomson-East Coast Line (TEL), Kampus Kesihatan Woodlands, Pusat Pasar & Penjaja Marsiling yang dinaik taraf, serta Program Naik Taraf Lif (LUP) telah menjadikan bandar kita lebih rancak dan terhubung.
Pada masa akan datang, Pelan Induk Marsiling 2030 akan membawakan peningkatan yang jauh lebih baik: sebuah Kelab Komuniti Marsiling baharu, 8 laluan pejalan kaki tinggi baharu, 16 KM laluan berbasikal, lebih banyak pengecas EV, dan program sosial baharu untuk merapatkan lagi hubungan keluarga dan rakan-rakan.
Paling penting, Marsiling berkembang maju disebabkan idea, maklum balas dan semangat komuniti anda. Marilah kita bersama-sama membentuk masa depan Marsiling yang peduli dan terhubung.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini!